Thursday, May 26, 2011

Perfect or Not perfect

Siapa kita pada pandangan pasangan kita. Adakah die menerima kite seadanya seikhlas hati? Atau terpaksa menerima? Atau adakah kita cukup ikhlas menerima siapa sebenarnya pasangan kita dalam hidup kita? Situasi ikhlas atau situasi terpaksa menerima adalah dua perkara berbeza. Kerana sikap kita sendiri yang tidak tahu membezakannya, menyebabkan tercetusnya konflik dalam rumahtangga. Konflik diri, konflik perasaan dan konflik hubungan. Jika tidak pada masa kini, mungkin pada masa akan datang.

Atau dengan kata lain, patutkah kita bersyukur seadanya dengan apa yang kita miliki? Benar, kita mesti sentiasa bersyukur tetapi haruskah kita terus menjadi orang yang sama setiap hari tanpa perubahan yang baik? Atau sanggupkah kita melihat pasangan kita sama sahaja tanpa sebarang perubahan yang lebih baik dan menyenangkan hati kita? Manusia tak mungkin lekang dengan perasaan bosan bila berhadapan dengan perkara yang sama setiap hari. Apatah lagi rumahtangga yang sewajarnya hingga ke akhir hayat. Tuhan menjadikan setiap pasangan itu melengkapi antara satu sama lain. Sungguh pun begitu, tidak bermaksud kite terus-terus menerima keburukan pasangan 100% begitu sahaja hanya kerana dia adalah orang yang kita cintai. Konsep cinta itu sendiri perlu betul. Cinta bukan bermaksud kita menerima apa jua keaadaan pasangan kita, tetapi cinta bermaksud ingin menjadikan pasangan kita seorang yang lebih baik dengan memberi panduan dan galakan kepadanya.

Tetapi, tidak semua orang boleh menerima kritikan atau teguran terutama daripada pasangan sendiri. Terutama situasi yang memerlukan diri untuk berubah. Berubah dari comfort zone. Siapa yang nak? Tapi inilah antara satu kesilapan besar hingga menyebabkan rumahtangga goyah. Kebiasaannya, kita cuba menolak atau mengabaikan teguran atau kritikan tersebut. Adakah apabila kita menolak perubahan hanya kerana kita tak mahu berfikiran positif iaitu menerima kritikan pasangan? Berbalik kepada hati sebenarnya. Kenapa dan mengapa kritikan itu di buat. Adakah kerana kebaikan atau hanya untuk memuaskan hati sendiri?. Siapa tak mahu yang sempurna. Tetapi hakikatnya tiada perkara yang sempurna di dalam dunia ini melainkan tuhan. Tetapi tidak salah jika menjadi seorang yang hampir sempurna kan. Jadi, kurangkan sedikit ego dan belajarlah menerima pandangan dan kritikan orang lain terutamanya pasangan. Nilai seadilnya kritikan tersebut, barula diri jadi lebih baik. Apabila kita sentiasa memperbaiki diri, secara tidak langsung rumahtangga menjadi lebih bahagia kerana setiap individu memainkan peranan untuk memenangi hati pasangan masing-masing. Tetapi awas, pastikan perubahan yang diminta adalah perubahan kepada kebaikan. Pastikan juga teguran dibuat dengan cara yang diplomatik dan bukan dengan paksaan. Namun, harus juga diingat, jika diri tak sehebat Nabi Muhammad, usahlah mengkehendakkan isteri sesempurna Siti Khadijah.

Monday, January 24, 2011

Bidadari

Bagai sebuah cerita
Aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempesona
Dia membuatkan
hari hariku sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah
Siang ku tertanya
Jika kau tak bersama

Hadirmu bagaikan bidadari
melengkapkan langkahku yang terhenti
Kau la permaisuri
Gelap dunia tanpamu

Umpama nafasku kan terhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih
Cintaku padamu
Tak pernah hilang
Tak akan pergi

Kitakan terus bersama
Bukan seketika
Tapi selama-lama
Jangkau kasih kita
hingga ke akhirnya
Kita bagaikan di syurga...


http://www.youtube.com/watch?v=65ufrMvDTcE

Tuesday, January 18, 2011

Sekolah Kebangsaan Telok Menegon (SKTM)

Tadi pagi2 singgah sekolah kat shah Alam sek 3.... nk ke pejabat dapatkan tandatangan. Masuk je ke sekolah tu kene tahan dengan mak guard dkt guard house dulu. At last aku dibenarkan masuk. Masa tu hati macam biase je, cume pikir nk cepat2 selesai pastu nk ke opis terus. Tgh rush kejar masa. Aku masuk menuju ke arah pejabat tu, masa tu aku lalu kawasan sekolah tu, lalu dekat corridor. Masa tu terpandang macam-macam mural menghias dinding...lantai sekolah tu yang hanya bersimen tapi bersih berkilat...buat aku rasa sesuatu dan automatic aku teringat masa sekolah. Especially sekolah rendah kat SKTM dulu. Suasana nye lebih kurang sama. Aduhai......perasaan tibe-tibe jadi lain macam...tersangat rindu masa tu. Teringat dulu masa kat SKTM, suke join lukis2 mural ni..sampai ponteng kelas. Tak ingt ms tu sape geng aku. Maziana kot. Pastu kat sekolah rendah especially darjah 4, darjah 5 n 6 yang paling best skali. Wei korang....rindunye membe2 lame. Sarah anak bosnia, Maziana yg becinta dgn tut, uyun yg tom boy,Roze yg rambut pnjang, Mimie bestfren ku, Wana pengawas, Laila yg nk bunuh diri guna pisau belit 20 sen, Maziah budak pandai, Ayu yang pelat rrrrrrr, Shidah kecik, Dofi yg jahat, harun yg gile, nazam yg suke sarah, Hanafi ketua, Azam pak ude, pengawas hairi, nuar, haider, azham yg lembut...ramai lagi la...bestnye...
Memang terlalu bnyk kenangan yg tak dapat lupe smpai skg. Bile masuk pejabat sekolah tu, teringat jugak la pejabat sekolah dulu. Kelas 6S yg atas pejabat je. Selalu kene marah dgn cikgu sbb bising sgt.... pertandingan qoir la....cikgu chan ke ape ke name cikgu cine tu...cikgu guna ajar matematik...kene bantuan bdk2 SKTM ni kalo nk imbas balik kenangan....

Tuesday, January 11, 2011

Semalam Yang 2010....dan kini 2011

Azam baru...harapan baru. Klisye sangat bunyi nye bile tibe je tahun baru. Pasang azam...tapi capai nya entah ke mana. Tapi tahun 2011 ni betul-betul tahun yang sangat aku nantikan.

Semalam yang 2010 itu..menyedihkan tapi tetap dalam ingatan. Tahun yang penuh mengajar tentang erti kehidupan yang sebenar. Sepanjang 28 tahun hidup, tahun nilah cabaran paling getir aku hadapi. Saat-saat kita rasakan hidup sempurna, sebenarnya waktu itulah dugaan datang merentap kesempurnaan itu. Kerjaya...mahupun personal life yang seakan terumbang-ambing seketika. Lepas satu dugaan...satu lagi dugaan yang takkan sampai bile-bile aku lupakan. . Kehilangan yang tersayang untuk selamanya membuatkan rasa kesal yang tak berkesudahan kerana fikirkan bnyk perkara yang tak sempat ditunaikan. Tahun 2010 tu, rasa lambat sangat nak habis. Tak sabar tunggu tahun baru...supaya boleh mulakan hidup baru dengan harapan baru. Walaupun bunyinye klisye, tapi tak kisah lah.

Apa pun, tuhan tu Maha Mengetahui. Pada yang mungkin hadapi kekecewaan, kesedihan, kehilangan...ingatlah, Allah itu Maha Adil and things happen always with reason. Yang penting, apa jua yang jadi, dari sudut mana yang kita mahu pandang. Positif atau negatif. Walau sakit mane pun, perit mana pun... kite insan bertuah kerana merasainya supaya jadi yang lebih baik. Kalo kita tak belajar dari erti kesakitan, kesedihan tu, maka kita lah manusia paling rugi.  Paling penting...belajarlah erti menerima. Sabar dan terima ketentuan tuhan tu...adalah ubat paling mujarab mengubati kesedihan. Terima tapi dengan syarat belajar dari kesilapan. Sebab orang yang bodoh adalah orang selalu melakukan kesalahan yang sama. Semua ni sepatutnya mematangkan kita dalam membuat keputusan dalam hidup. Jangan sekali cakap "kau tak rasa...aku yang rasa sakitnya". Itu kata-kata orang yang lemah. Bile hadapi kesedihan, cari kekuatan dari dalam diri, bukan dari luar. Satu lagi, bile sedih ... cari kawan yang positif. Kalo pilih persekitaran yang negatif, kite akan jadi org yang negatif dan terus jadi orang yang lemah dan kalah. Kesedihan yang dihadapi akan terus berpanjangan dan tak de kesudahan.

Apa pun, semoga 2011 ni tahun yang menjanjikan kegembiraan. Tutup kisah lame, buka buku baru. But learn from mistake and always be prepared in any circumtances. Kita merancang..hanya tuhan yang tentukan. Well....thats life as we know it. But....live well cause we have 1 time to live and feel happy..So...appreciate what we have now before its gone.

Saturday, January 8, 2011

Significant and Security In Relationship

In our day life, we connecting to people and that's how a relationship built. Relationship atau bahasa senang maksudnya hubungan. Hubungan dengan husband or wife, girlfren or boyfren, kawan-kawan termasuklah hubungan kita dengan bos. Maksudnya hubungan kerja la...bukan hubungan lain. Atau dengan siapa-siapa pun. Once we connected to that person, we consider have a relationship. Just that how strong and how important that relationship to you. Thats how we differentiate meaning and unmeaning relationship in our life.

But...how significant and how secure do you feel in a relationship?? Apa itu significant and security in relationship. I get this when we have a talk with Mr. Steven Raj. Experienced, motivated team building trainer and expert in personal profiling test.

Significant in relationship means how important do you think that person to yourself. Maknanya, sejauh mana kita berasa pentingnya kehadiran orang itu dalam hidup kita.... tak kisah la sama ada in our personal life or work life. Security in relationship pulak bermaksud how much do we trust that person in that relationship. Lets talk about 2 main relationships in our day life. Hubungan dengan orang yang kita sayang which i categorize as personal relationship dan hubungan dengan superior atau subordinate kita dalam bekerja which i will categorize as work relationship.

Dalam personal life kita,hubungan dengan orang yang kita sayang adalah hubungan paling penting yang bersifat kekal berbanding hubungan kerja yang bersifat sementara. Silapnya ramai yang campur adukkan dua hubungan ni yang menyebabkan diri sendiri stress. Berbalik kepada significant dan security tadi. Persoalannya, how significant do you think your relationship with your loves one? Takde nya die, boleh ke kita jalani hidup? cube bayangkan, then anda taulah how significant hubungan tu sebenarnya. Tapi, mungkin yang ramai kata memang significant tu ada dalam hubungan, tp how about security? or trust? How much do you trust him or her? Trust atau percaya tu luas maksundnya. Bukan semata-mata berkaitan kesetiaan pasangan dalam hubungan tapi dalam hal-hal lain juga. Contohnya, sejauh mana kita percayakan die menguruskan rumahtangga, pecaya ke kita die jaga anak atau pecaya ke kita die jaga financial rumah. Itu pun bermaksud security. Kalau kurang anda mempercayai pasangan dalam beberapa perkara, maka kuranglah security dalam relationship tu.

Waktu bekerja pulak, how significant hubungan kita dengan bos kita atau dengan subordianate kite. Berapa penting pula bos merasakan adanya kita dalam office tu. Kebiasaannya, staf merasakan syarikat adalah significant padanya kerana staf cari makan kat situ. Takde keje, tak de gaji. Tapi company pun kene tau significantnya staff dalam company tu. Strength kite atau kelebihan kita dalam kerja yang takde pada staf  lain merupakan kepentingan pada syarikat. Terpulang pada syarikat sebenarnya nak pergunakan kelebihan yang ada pada staf itu dengan sebaiknya. Jika syarikat meletakkan kelebihan staf tu pada tempat yang salah, itu yang menyebabkan kerugian. Staf pun kalo tak dapat tunjukkan kelebihan itu, maka syarikat tidak akan berasa pentingnya kita dalam syarikat. That's how significant means in organisation. If both parties, employer and employee feel significant to each other thats how later kesetiaan tu wujud. Kalo cerita pasal security pulak, maksudnya sejauh mana kite percayakan bos kita dan sejauh mana kita percayakan staf kita. Pernah tak mengalami situasi macam ni. Anda tugaskan satu kerja pada staf tetapi selalu tak rasa yakin staf boleh buat seperti yang anda kehendaki. Anda kerap bertanya status kerja tu pada staf anda atau anda ambil semula kerja tu dan lakukan sendiri. Itu bermaksud, tiada security dalam hubungan antara anda dan staf bawahan anda. For bosses that dont feel the security will tend to do the job himself/herself rather than delegate the job to the surbodinate. As bos, we should delegate the job, we monitor and check before we approve. If not, kita akan rasa penat, stress dan rasa terbeban dengan banyak kerja sedangkan kita sendiri yang tak built that security among other staff to work as a team. Untuk staf pulak, bila kita rasakan kite perlukan bos yang boleh buat decision yang betul, thats how security exist. Kepercayaan kita pada setiap keputusan bos itu juga bermaksud security. How secure do we feel work in the company?? Sejauh mana syarikat boleh berikan yang terbaik pula pada staf yang dah kerja bertungkus lumus, sejauh mana bos mengambil tanggungjawab sebaiknya dalam kerja?? dari situ juga staf boleh mengukur security bekerja di situ.

Dipendekkan cerita, jika significant dan security itu kuat dalam satu-satu hubungan bermaksud kuatlah relationship itu dan berpotensi uuntuk kekal lebih lama.