Tuesday, January 11, 2011

Semalam Yang 2010....dan kini 2011

Azam baru...harapan baru. Klisye sangat bunyi nye bile tibe je tahun baru. Pasang azam...tapi capai nya entah ke mana. Tapi tahun 2011 ni betul-betul tahun yang sangat aku nantikan.

Semalam yang 2010 itu..menyedihkan tapi tetap dalam ingatan. Tahun yang penuh mengajar tentang erti kehidupan yang sebenar. Sepanjang 28 tahun hidup, tahun nilah cabaran paling getir aku hadapi. Saat-saat kita rasakan hidup sempurna, sebenarnya waktu itulah dugaan datang merentap kesempurnaan itu. Kerjaya...mahupun personal life yang seakan terumbang-ambing seketika. Lepas satu dugaan...satu lagi dugaan yang takkan sampai bile-bile aku lupakan. . Kehilangan yang tersayang untuk selamanya membuatkan rasa kesal yang tak berkesudahan kerana fikirkan bnyk perkara yang tak sempat ditunaikan. Tahun 2010 tu, rasa lambat sangat nak habis. Tak sabar tunggu tahun baru...supaya boleh mulakan hidup baru dengan harapan baru. Walaupun bunyinye klisye, tapi tak kisah lah.

Apa pun, tuhan tu Maha Mengetahui. Pada yang mungkin hadapi kekecewaan, kesedihan, kehilangan...ingatlah, Allah itu Maha Adil and things happen always with reason. Yang penting, apa jua yang jadi, dari sudut mana yang kita mahu pandang. Positif atau negatif. Walau sakit mane pun, perit mana pun... kite insan bertuah kerana merasainya supaya jadi yang lebih baik. Kalo kita tak belajar dari erti kesakitan, kesedihan tu, maka kita lah manusia paling rugi.  Paling penting...belajarlah erti menerima. Sabar dan terima ketentuan tuhan tu...adalah ubat paling mujarab mengubati kesedihan. Terima tapi dengan syarat belajar dari kesilapan. Sebab orang yang bodoh adalah orang selalu melakukan kesalahan yang sama. Semua ni sepatutnya mematangkan kita dalam membuat keputusan dalam hidup. Jangan sekali cakap "kau tak rasa...aku yang rasa sakitnya". Itu kata-kata orang yang lemah. Bile hadapi kesedihan, cari kekuatan dari dalam diri, bukan dari luar. Satu lagi, bile sedih ... cari kawan yang positif. Kalo pilih persekitaran yang negatif, kite akan jadi org yang negatif dan terus jadi orang yang lemah dan kalah. Kesedihan yang dihadapi akan terus berpanjangan dan tak de kesudahan.

Apa pun, semoga 2011 ni tahun yang menjanjikan kegembiraan. Tutup kisah lame, buka buku baru. But learn from mistake and always be prepared in any circumtances. Kita merancang..hanya tuhan yang tentukan. Well....thats life as we know it. But....live well cause we have 1 time to live and feel happy..So...appreciate what we have now before its gone.

No comments:

Post a Comment