Siapa kita pada pandangan pasangan kita. Adakah die menerima kite seadanya seikhlas hati? Atau terpaksa menerima? Atau adakah kita cukup ikhlas menerima siapa sebenarnya pasangan kita dalam hidup kita? Situasi ikhlas atau situasi terpaksa menerima adalah dua perkara berbeza. Kerana sikap kita sendiri yang tidak tahu membezakannya, menyebabkan tercetusnya konflik dalam rumahtangga. Konflik diri, konflik perasaan dan konflik hubungan. Jika tidak pada masa kini, mungkin pada masa akan datang.
Atau dengan kata lain, patutkah kita bersyukur seadanya dengan apa yang kita miliki? Benar, kita mesti sentiasa bersyukur tetapi haruskah kita terus menjadi orang yang sama setiap hari tanpa perubahan yang baik? Atau sanggupkah kita melihat pasangan kita sama sahaja tanpa sebarang perubahan yang lebih baik dan menyenangkan hati kita? Manusia tak mungkin lekang dengan perasaan bosan bila berhadapan dengan perkara yang sama setiap hari. Apatah lagi rumahtangga yang sewajarnya hingga ke akhir hayat. Tuhan menjadikan setiap pasangan itu melengkapi antara satu sama lain. Sungguh pun begitu, tidak bermaksud kite terus-terus menerima keburukan pasangan 100% begitu sahaja hanya kerana dia adalah orang yang kita cintai. Konsep cinta itu sendiri perlu betul. Cinta bukan bermaksud kita menerima apa jua keaadaan pasangan kita, tetapi cinta bermaksud ingin menjadikan pasangan kita seorang yang lebih baik dengan memberi panduan dan galakan kepadanya.
Tetapi, tidak semua orang boleh menerima kritikan atau teguran terutama daripada pasangan sendiri. Terutama situasi yang memerlukan diri untuk berubah. Berubah dari comfort zone. Siapa yang nak? Tapi inilah antara satu kesilapan besar hingga menyebabkan rumahtangga goyah. Kebiasaannya, kita cuba menolak atau mengabaikan teguran atau kritikan tersebut. Adakah apabila kita menolak perubahan hanya kerana kita tak mahu berfikiran positif iaitu menerima kritikan pasangan? Berbalik kepada hati sebenarnya. Kenapa dan mengapa kritikan itu di buat. Adakah kerana kebaikan atau hanya untuk memuaskan hati sendiri?. Siapa tak mahu yang sempurna. Tetapi hakikatnya tiada perkara yang sempurna di dalam dunia ini melainkan tuhan. Tetapi tidak salah jika menjadi seorang yang hampir sempurna kan. Jadi, kurangkan sedikit ego dan belajarlah menerima pandangan dan kritikan orang lain terutamanya pasangan. Nilai seadilnya kritikan tersebut, barula diri jadi lebih baik. Apabila kita sentiasa memperbaiki diri, secara tidak langsung rumahtangga menjadi lebih bahagia kerana setiap individu memainkan peranan untuk memenangi hati pasangan masing-masing. Tetapi awas, pastikan perubahan yang diminta adalah perubahan kepada kebaikan. Pastikan juga teguran dibuat dengan cara yang diplomatik dan bukan dengan paksaan. Namun, harus juga diingat, jika diri tak sehebat Nabi Muhammad, usahlah mengkehendakkan isteri sesempurna Siti Khadijah.

No comments:
Post a Comment