Sunday, January 20, 2013

Pregnancy & Braces

Well.. to divert my thinking over pregnancy for a while..I decided to do braces. Yelah...walaupun umur dah berkurun..baru sibuk nk wat. Hmm.. ini semua disebabkan ketakutan dan fobia yang melampau bile jumpe dentist menyebabkan niat berbraces bertangguh sekian lame. Tapi, rasanya dah tak nak tangguh lagi.. dan atas sebab niat nak tunjukkan contoh yg baik utk bakal baby ku nanti supaya jaga gigi cantik2. Hahahaha.... Nanti nak suruh anak jaga gigi cantik2 tapi mamanye.....gigi sepah sane sini... huhu...Tak sesuai langsung.

Tapi persoalannya, boleh ke buat braces at the same time trying to conceive? Macamana kalau tibe2 dalam proses nk pasang braces tu tibe2 pregnant? Effect diri sendiri aku tak kisah, tp adakah ia akan effect pada baby? Itu persoalan yang terngiang2 dalam fikiran aku sebelum aku decide nak wat braces ni. Abih sume ceruk2 internet aku cari termasuklah tanya pendapat pakar... Dan aku rasa amatlah patut juga untuk aku share dalam blog ni dgn sape2 yang mungkin ada masalah yang sama. Well...sebenarnya kita kene paham proses peringkat demi peringkat nak wat braces ni.

1. Proses pertama paling penting sebelum pasang braces dan boleh membahayakan kandungan jika mengandungla...iaitu ketika wat x-ray. So adalah penting sebelum kita nak x-ray gigi tu...pastikan kita betul2 tidak mengandung ketika itu. So dibimbangi boleh memudaratkan kandungan. Masa aku nak wat x-ray sebelum ni, aku wat ms aku tgh period. So confirm tak pregnant. Siap pakse lg doktor tu nak wat cepat-cepat .. hahaha sblum period habis. Doktor pun pelik tp once aku explain kenapa then baru doktor paham. So doktor pun bagi nasihat yang same.

2. Proses seterusya adalah cabut gigi. Aku kene cabut 4 batang gigi...masyaAllah.. ngeri gile dengar. So, masa cabut gigi ni, doktor akan apply beberapa injection utk bius. Ada doktor berpendapat tidak merbahaya jika pregnant, tp ada doktor yang lebih prefer utk patient tidak berada dalam keadaan pregnant. Aku tak pasti.. tp bile search dalam internet mostly kate tidak merbahaya sebenarnya. Sakit injection tu adala sikit. Then lepas cabut gigi, doktor akan bagi paracetamol (ubat tahan sakit) utk beberapa hari sebab sakitnya selepas hari cabut gg tu. Doktor tak boleh cabut 4 batang sekali gus, gile la kalo cabut 4 btg terus. Sakit satu hal... nak makan macamane plk. So, aku selang dalam 6 hari sebelum cabutan kedua. Berbalik kepada paracetamol tu.. well its actually a drug. There is no clear evidence that it will harm pregnancy. But...it is preferable to avoid any medicine during first trimester of pregnant. Just in case. So dalam keadaan ini, aku cube kurangkan makan ubat tahan sakit. Walaupun merana sakit.....huhu.. walaupun sbnarny aku belum pregnant lg. Poyo je kan.... Tp dalam tempoh lepas cabut gigi tu.. aku n husbnd tetap mencube. (18sx je) bile sakit kurang. Huh! pengorbanan. I am still on clomid this month. (3rd cycle already)... so, I still dont want to miss any chance.

3. Tibelah proses memasang braces.... time pasang tu takdela sakit pun. Dan masa ni, tiada lagi perkara yang boleh dibimbangi even you are pregnant. So proses ni cume pasang besi je kat gigi. Rasala sengal-sengal and ngilu pas pasang tu, tapi takde la sakit. Cume the concern if we are pregnant is about food. Definitley at this time, you can't eat as normal food you eat everyday. Sakit sikit bile nak mengunyah anda tak boleh nak kunyah bende2  keras. Bak kate Dr. Hassan (Dentist ku), kalo rasa nak makan kayu..makan je ubi kayu..jgn datang next appoitment, sate, nasi lemak, maggi sume melekat kat besi ni. Aduih doktor ni...sabor jela. Bukan boleh makan pun kan. So the concern is about nutrient that you take may less than your normal in take everyday. So definetly this is not good for baby. Well, actually even kite tak boleh makan macam-macam tak semestinya kita tak boleh dapat nutrien. Kite makam banyak hari2 pun, bukan sume sihat pun. So, at this time, consider yourself on diet. So take all healthy food. Contohnya, kita dapat karbohidrat dgn makan bubur, telur and susu get protein...sayur dah tentu boleh makan so still boleh dapat banyak vitamin. Tapi proses ni bukanlah selama-lamanya sampai 2 3 tahun pasaang besi ni. Cume seminggu dua je. Pastu boleh makan macam biase. But still we have to take healthy food sepanjang pregnancy kita untuk kesihatan baby dan diri sendiri juga.

Hmm....tu jelah proses setakat ni yang aku lalui.. Updates akan i blog lagi nanti.... :) Dah kul 12 ni...mkn tengari tak masak lagi...



Tuesday, January 1, 2013

2013 dah?......

Haiyo....Already 2013! Seems like I write this blog once a year....huh!Even almost forget the pasword! Well the new year started with something that is not quite happy. I thought I was pregnant but actually not when i had my period today. I cried....... But thank god, hubby di sisi tenangkan hati. Well..it is quite frustrating after 7 months of trying and 2 months under doctor advice. Where else do I go wrong...hmmm.. a very complicated question. Well..there's must be something wrong even doctor said that I am ok. I tremendously well response to the clomid.  But its ok....i just have to stay positive...even deep inside only Allah knows how it feels like. Redha dengan ketentuannya...tp mestilah usaha! To the women out there who is ttc ...we have to be strong and dont give up! this what i said to myself of course.
But its ok....theres must a hikmah of all things happen. Allah knows what best for us. Adalah tu rencanaNya untuk kita. Kene sabar dan usahalah...

Apa pun today is a new day,new month and new year. Start with positive thought, better person, dan berharap tahun ni lebih-lebih bermakna.... InsyaAllah. But dont forget about what had we gone through last year. For me...I had a very very wonderful life so far... Alhamdulillah... Thank you Allah.

Saturday, January 7, 2012

2012 .. Another year to progress

Here it comes....another year, 2012. Tak kisah la macam-macam perkara yang orang predictkan pasal tahun 2012 ni, whatever it is.. life must go on. Take it as more time given to you to make progress in your life. Be thankful for that.

Anyway... life will be easy if we make it easy. But in reality....how to make it that way? I am 30 this year. Another decade of life to go through..InsyaAllah. Looking back to the past 30 years live... so many things i have learned. But I guess, we cannot stop from learning...we should keep learn and re-learn. Espeacially learned from something that had put us down . Look back to learn from mistake but stay look forward to make better progress in life. 

Dalam dunia, setiap orang mengkehendakkan kehidupan yang lebih baik. Kalo dah dapat yang baik, mesti nak lebih baik.. lebih sempurna. Well, i think this would be the decade in age that I really have to work on to achieve it. What it's gonna be another 10 years. So.. we are the one that create it and make it happen. Cara macamane tu terpulangla pd diri masing-masing...cara baik ade, cara tak baik ade, cara senang ada, cara susah pun ada...but we should ask back ourself in the next 10 years later, do we really proud of what we had achieve from the effort that we've made. Tepuk dada tanya seleralah kan.

Anyway, the most important is being happy in life. The ultimate target of anyone's life. Ade orang kaye, tapi hidup tak happy. Yang miskin pun apa tah lagi. Apa pun, hidup ni kan sementara. terlalu berbangga sangat dengan apa yang ada takkan bawak ke mana. Tapi kalau langsung tak usaha nak ke arah yang lebih baik pun, sia-sia je jadi manusia. So...we have to make it happen and make "that" action! Action is everything... without it we move nowhere.

Thursday, May 26, 2011

Perfect or Not perfect

Siapa kita pada pandangan pasangan kita. Adakah die menerima kite seadanya seikhlas hati? Atau terpaksa menerima? Atau adakah kita cukup ikhlas menerima siapa sebenarnya pasangan kita dalam hidup kita? Situasi ikhlas atau situasi terpaksa menerima adalah dua perkara berbeza. Kerana sikap kita sendiri yang tidak tahu membezakannya, menyebabkan tercetusnya konflik dalam rumahtangga. Konflik diri, konflik perasaan dan konflik hubungan. Jika tidak pada masa kini, mungkin pada masa akan datang.

Atau dengan kata lain, patutkah kita bersyukur seadanya dengan apa yang kita miliki? Benar, kita mesti sentiasa bersyukur tetapi haruskah kita terus menjadi orang yang sama setiap hari tanpa perubahan yang baik? Atau sanggupkah kita melihat pasangan kita sama sahaja tanpa sebarang perubahan yang lebih baik dan menyenangkan hati kita? Manusia tak mungkin lekang dengan perasaan bosan bila berhadapan dengan perkara yang sama setiap hari. Apatah lagi rumahtangga yang sewajarnya hingga ke akhir hayat. Tuhan menjadikan setiap pasangan itu melengkapi antara satu sama lain. Sungguh pun begitu, tidak bermaksud kite terus-terus menerima keburukan pasangan 100% begitu sahaja hanya kerana dia adalah orang yang kita cintai. Konsep cinta itu sendiri perlu betul. Cinta bukan bermaksud kita menerima apa jua keaadaan pasangan kita, tetapi cinta bermaksud ingin menjadikan pasangan kita seorang yang lebih baik dengan memberi panduan dan galakan kepadanya.

Tetapi, tidak semua orang boleh menerima kritikan atau teguran terutama daripada pasangan sendiri. Terutama situasi yang memerlukan diri untuk berubah. Berubah dari comfort zone. Siapa yang nak? Tapi inilah antara satu kesilapan besar hingga menyebabkan rumahtangga goyah. Kebiasaannya, kita cuba menolak atau mengabaikan teguran atau kritikan tersebut. Adakah apabila kita menolak perubahan hanya kerana kita tak mahu berfikiran positif iaitu menerima kritikan pasangan? Berbalik kepada hati sebenarnya. Kenapa dan mengapa kritikan itu di buat. Adakah kerana kebaikan atau hanya untuk memuaskan hati sendiri?. Siapa tak mahu yang sempurna. Tetapi hakikatnya tiada perkara yang sempurna di dalam dunia ini melainkan tuhan. Tetapi tidak salah jika menjadi seorang yang hampir sempurna kan. Jadi, kurangkan sedikit ego dan belajarlah menerima pandangan dan kritikan orang lain terutamanya pasangan. Nilai seadilnya kritikan tersebut, barula diri jadi lebih baik. Apabila kita sentiasa memperbaiki diri, secara tidak langsung rumahtangga menjadi lebih bahagia kerana setiap individu memainkan peranan untuk memenangi hati pasangan masing-masing. Tetapi awas, pastikan perubahan yang diminta adalah perubahan kepada kebaikan. Pastikan juga teguran dibuat dengan cara yang diplomatik dan bukan dengan paksaan. Namun, harus juga diingat, jika diri tak sehebat Nabi Muhammad, usahlah mengkehendakkan isteri sesempurna Siti Khadijah.

Monday, January 24, 2011

Bidadari

Bagai sebuah cerita
Aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempesona
Dia membuatkan
hari hariku sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah
Siang ku tertanya
Jika kau tak bersama

Hadirmu bagaikan bidadari
melengkapkan langkahku yang terhenti
Kau la permaisuri
Gelap dunia tanpamu

Umpama nafasku kan terhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih
Cintaku padamu
Tak pernah hilang
Tak akan pergi

Kitakan terus bersama
Bukan seketika
Tapi selama-lama
Jangkau kasih kita
hingga ke akhirnya
Kita bagaikan di syurga...


http://www.youtube.com/watch?v=65ufrMvDTcE

Tuesday, January 18, 2011

Sekolah Kebangsaan Telok Menegon (SKTM)

Tadi pagi2 singgah sekolah kat shah Alam sek 3.... nk ke pejabat dapatkan tandatangan. Masuk je ke sekolah tu kene tahan dengan mak guard dkt guard house dulu. At last aku dibenarkan masuk. Masa tu hati macam biase je, cume pikir nk cepat2 selesai pastu nk ke opis terus. Tgh rush kejar masa. Aku masuk menuju ke arah pejabat tu, masa tu aku lalu kawasan sekolah tu, lalu dekat corridor. Masa tu terpandang macam-macam mural menghias dinding...lantai sekolah tu yang hanya bersimen tapi bersih berkilat...buat aku rasa sesuatu dan automatic aku teringat masa sekolah. Especially sekolah rendah kat SKTM dulu. Suasana nye lebih kurang sama. Aduhai......perasaan tibe-tibe jadi lain macam...tersangat rindu masa tu. Teringat dulu masa kat SKTM, suke join lukis2 mural ni..sampai ponteng kelas. Tak ingt ms tu sape geng aku. Maziana kot. Pastu kat sekolah rendah especially darjah 4, darjah 5 n 6 yang paling best skali. Wei korang....rindunye membe2 lame. Sarah anak bosnia, Maziana yg becinta dgn tut, uyun yg tom boy,Roze yg rambut pnjang, Mimie bestfren ku, Wana pengawas, Laila yg nk bunuh diri guna pisau belit 20 sen, Maziah budak pandai, Ayu yang pelat rrrrrrr, Shidah kecik, Dofi yg jahat, harun yg gile, nazam yg suke sarah, Hanafi ketua, Azam pak ude, pengawas hairi, nuar, haider, azham yg lembut...ramai lagi la...bestnye...
Memang terlalu bnyk kenangan yg tak dapat lupe smpai skg. Bile masuk pejabat sekolah tu, teringat jugak la pejabat sekolah dulu. Kelas 6S yg atas pejabat je. Selalu kene marah dgn cikgu sbb bising sgt.... pertandingan qoir la....cikgu chan ke ape ke name cikgu cine tu...cikgu guna ajar matematik...kene bantuan bdk2 SKTM ni kalo nk imbas balik kenangan....

Tuesday, January 11, 2011

Semalam Yang 2010....dan kini 2011

Azam baru...harapan baru. Klisye sangat bunyi nye bile tibe je tahun baru. Pasang azam...tapi capai nya entah ke mana. Tapi tahun 2011 ni betul-betul tahun yang sangat aku nantikan.

Semalam yang 2010 itu..menyedihkan tapi tetap dalam ingatan. Tahun yang penuh mengajar tentang erti kehidupan yang sebenar. Sepanjang 28 tahun hidup, tahun nilah cabaran paling getir aku hadapi. Saat-saat kita rasakan hidup sempurna, sebenarnya waktu itulah dugaan datang merentap kesempurnaan itu. Kerjaya...mahupun personal life yang seakan terumbang-ambing seketika. Lepas satu dugaan...satu lagi dugaan yang takkan sampai bile-bile aku lupakan. . Kehilangan yang tersayang untuk selamanya membuatkan rasa kesal yang tak berkesudahan kerana fikirkan bnyk perkara yang tak sempat ditunaikan. Tahun 2010 tu, rasa lambat sangat nak habis. Tak sabar tunggu tahun baru...supaya boleh mulakan hidup baru dengan harapan baru. Walaupun bunyinye klisye, tapi tak kisah lah.

Apa pun, tuhan tu Maha Mengetahui. Pada yang mungkin hadapi kekecewaan, kesedihan, kehilangan...ingatlah, Allah itu Maha Adil and things happen always with reason. Yang penting, apa jua yang jadi, dari sudut mana yang kita mahu pandang. Positif atau negatif. Walau sakit mane pun, perit mana pun... kite insan bertuah kerana merasainya supaya jadi yang lebih baik. Kalo kita tak belajar dari erti kesakitan, kesedihan tu, maka kita lah manusia paling rugi.  Paling penting...belajarlah erti menerima. Sabar dan terima ketentuan tuhan tu...adalah ubat paling mujarab mengubati kesedihan. Terima tapi dengan syarat belajar dari kesilapan. Sebab orang yang bodoh adalah orang selalu melakukan kesalahan yang sama. Semua ni sepatutnya mematangkan kita dalam membuat keputusan dalam hidup. Jangan sekali cakap "kau tak rasa...aku yang rasa sakitnya". Itu kata-kata orang yang lemah. Bile hadapi kesedihan, cari kekuatan dari dalam diri, bukan dari luar. Satu lagi, bile sedih ... cari kawan yang positif. Kalo pilih persekitaran yang negatif, kite akan jadi org yang negatif dan terus jadi orang yang lemah dan kalah. Kesedihan yang dihadapi akan terus berpanjangan dan tak de kesudahan.

Apa pun, semoga 2011 ni tahun yang menjanjikan kegembiraan. Tutup kisah lame, buka buku baru. But learn from mistake and always be prepared in any circumtances. Kita merancang..hanya tuhan yang tentukan. Well....thats life as we know it. But....live well cause we have 1 time to live and feel happy..So...appreciate what we have now before its gone.